Wednesday, December 15, 2010

memang ngeri la.wuu wuu T_T

salam
^___^

sejak akhir-akhir ni hangpa perasan tak yang dalam paper banyak sangat pasal kemalangan,yang terbunuh dan dibunuh ditambah lagi membunuh.wuu wuu aku terasa mana aku pergi pon dah tak selamat.tapi bagus jugak bila baca berita cenggitu,seakan-akan mengingatkan aku yang ajal tu bila-bila masa je boleh datang,bila dah sampai waktu tak kira la dekat mana pon ekau borado,mati itu pasti.

pada ahad yang baru je berlepas aku dikejutkan dengan insiden yang terjadi dekat sepupu aku,si meon bukan nama sebenar.memang sangat la terkejut sesungguhnya punya terkejut sebab baru seminggu sebelum tu aku asyik bergedik tangkap gambar banyak-banyak dengan dia time wedding kak Ikin.hangpa toksah tanya la jantung aku ada kat mana time tu.memang macam tergamam sangat-sangat.aku call si meon pon tak dapat,pastu yang along pulak call cakap kete si meon total lost.wuu wuu apakah ini?aku pon turut total lost jugak time tuh.sob sob :'(

tapi alhamdulillah tak lama lepas tu aku dapat call tok sedara aku dan beliau bagi jaminan yang segalanya selamat dan jangan nak gelabah lebey-lebey.so aku faham segalanya tak seperti yang aku imaginasikan.woo woo siap imaginasi bagai aku kan.ye lah,aku ni adik-beradik tak ramai,geng secucu pon kami berlima je,so sudah sangat rapat umpama adik-beradik sendiri.dan memandangkan aku ni pulak satu-satunya bunga di taman,maka lagi la mereka dan aku umpama cinderella bersama abang-abang tiri dan adik-adik tiri.cepat-cepat cari sinopsis fairy tales tu.last-last kudos mesti jadi putera.haish gila terbabas jauh dari cerita asal -_-"

okeh,meh aku nak tunjuk gambar bagi hangpa ngeri sikit walau prinsip aku benda-benda ngeri tak layak berada di wilayah heart and soul ni.perghh kejam nyah ayat kau.phew phew phew;p


pintu pihak penumpang dah mengambil tempat penumpang.kira macam pemandu dah ada dua pintu.boleh pilih kiri atau kanan.seyes ngeri!

tersangat banyak kenangan si merah kecil cili api ni.apakan daya,sampai sini sahaja hayatmu..

boley timbang kilo sekarang.wuu wuu T_T

untuk cuzee ku hencek meon,aku sangat bersyukur la kamu selamat :') nak buat macam mane bende dah jadi.takpe la total lost pon sebab kereta mungkin boleh dicari ganti tapi sepupuku yang sorang ni mane nak cari.lepas ni beringat la,mungkin ni peringatan dari Dia untuk ingatkan hambaNya.lepas ni solat jage biar sempurna.kami warga cucu opah Wa dan atok Jusop sayang bangat deh ma kamu.tiada kompromi!

opocot,aceceh buat terkejut pulak tiba-tiba terselit gambar budak degil *yang di depan* .saje la aku nak mengimbau zaman hingus hijau kamu.waka waka eh eh eh;p

and now posisi gambar sama lagi.budak degil memang sentiasa di depan dan mangsa buli akan selalu menurut perintah di belakang.wuu wuu T_T okeh meon,we are siblings poreber and eber!:DD

buat hangpa sekalian yang menyinggah dan membaca entri ini,hati-hati la memandu,ingatlah insan-insan kesayangan hangpa.ingatlah yang sengaja over tekan pedal minyak,buruk padahnya.pesanan keselamatan dibawakan oleh Yana Rashid :)


2 comments:

baincardin said...

Jom layan 'Part 2' plak. ^_^

Yana Rashid said...

okay coming :)