Sunday, September 4, 2011

Minal Aidil Wal Faizin



As Salam :)

Salam Aidilfitri HeSo, disebabkan sekarang Aidilfitri maka aku kira-kira kau juga menyambut Aidilfitri, ya lah seperti mana tuan seperti itu lah binatang peliharaannya, alololo kuci kuci binatang pulak tengtiba, mentibang punya tuan -_-"

okay, raya kali ini kemeriahan macam sedikit pudar sebab rasa umur yang meningkat tu dah menusuk dalam kalbu. dah rasa tak boleh nak hu ha hu ha macam umur darjah bawahan lagi, sadis dan tragis. dan nak ditambah pula menjelang Aidilfitri kali ini aku dah kehilangan mantan majikan yang sangat tersayang, arwah Noor Zaihan Ishak. tak mampu nak teruskan kata-kata sebab bila ingatan tu datang menjelma segalanya masih jelas dekat paparan skrin minda. semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al- Fatihah.

bila dah masuk bab emosi aku terus kehilangan kata-kata. yang terbit hanya linangan air mata. rindunya rasa hati. hargailah orang sekeliling anda selagi mereka masih ada dan berhati-hatilah di jalan raya. mati itu pasti, kita tak tahu. yang penting be prepared. well-prepared.
#pesananbuatdirisendiri.

salam Aidilfitri. ampun dan maaf dipinta andai ada perlakuan yang menjengkelkan atau menyakitkan hati. Merdeka Raya! :)

Tuesday, August 23, 2011

perkongsian hati

as salam :)

hye hati dan jiwa yang tercinta,selamat berpuasa dari entri setelah sekian lama.maka hari ini mari kita berbuka;p

sounds like pantun-memantun gitu.ekeke.yeah dah lama dah hanyut seorang diri Heart and Soul saya ini.maaf ye,masa begitu cemburu dengan kita sehingga lah hari ini saya mendahulukan awak dari kerja.sebabnya bos tak ada dan saya pun tak ada kerja.lol baru saya tahu erti phew FREEDOM!bahaha macam dah lama tak jumpa FREEDOM sampai nak caps lock pulak.berbaur desperate di situ.abaikan,asal dapat melepas sepatah dua kata kat sini terasa hari begitu berharga.tanda soal tanda soal tanda soal tanda soal.okay lost in words sebab dah lama tak buat ucapan panjang lebar [dahi berpeluh-peluh memerah idea] hey ideasss,come to mama come to mama.see,kelihatan desperate lagi.hagagaga:p

okay lah,tak nak la buat-buat entri lepas tu input ha-pa-rak.jadi saya nak share something hari ini.tentang rasa ketenangan.awak tahu tak dekat mana nak jumpa rasa tenang?

rasa tenang boleh dijumpai ketika sujud terakhir solat di mana awak melepaskan segala rasa duka lara dan penyesalan pada yang Esa.saya terbaca ini masa tangan laju google-google.jadi di bulan Ramadhan ini pasti la kita nak mencari ketenangan yang lebih.lebih juga nak mengisi diri yang ibarat tin ini.entah kan penuh entah kan tidak tin tersebut.jadi sebelum syaiton-nirojim datang goda tin tersebut apa kata penuhkan tin itu.tak ada la kosong sampai si syaiton-nirojim boleh lambung-lambung kan?bila ia padat sikit sebanyak dah jadi berat dan mengambil masa untuk dikikis isinya.sentiasa lah mengisi dan elakkan pembaziran.tin saya pun rasanya kosong sebelum ni,Ramadahan ni pun tak tahu lah bagaimana level isi tersebut.harap-harap cukup la untuk bertahan ke Ramadhan seterusnya dan saya juga berharap ini bukanlah Ramadhan terakhir saya.

kadang-kadang saya rasa masa kecil dulu lagi suci dari sekarang.pasti la kan,masa kecil kumpul segala kebaikan tapi bila dah besar ni macam bagi neutral balik pulak kebaikan tu dengan kejahatan.sob sob sob rugi rugi.alangkah tak bijaknya percaturan kehidupan saya sebelum ini.tapi saya tak akan mengalah! [mata bersinar-sinar] sesungguhnya apa yang telah saya lalui mungkin telah ditakdirkan untuk saya demi mengambil pengajaran pada setiap yang telah terjadi.jadi saya tak akan menyalahkan masa lalu.cuma ada sedikit kesal.dan sekarang,masa lalu adalah kayu pengukur untuk kehidupan saya di masa depan.insyaAllah :)

Wednesday, July 13, 2011

hebatnya kuasa belog!


as salam :)

hye Shia Labeouf!

alololo comey Shia buat muka lagu tu >.<

lihat,belog boleh menjadikan diri kita berada di fasa angan-angan.saya boleh panggil belog dengan panggilan sesiapa pun yang saya suka.oleh kerana buat masa sekarang mood Transformer masih bermaharajalawak [okay tak lawak],bermaharajalela maka saya nak panggil cik belog sebagai Shia Labeouf.Megan Fox,harap awak tetap cool,siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan awak yang sexay sampai berdarah hidung tu -_-"

saya rasa gembira dapat buat sepatah dua kata merepek dekat belog malam ni.bukannya apa,kadang-kadang kita perlukan satu medium untuk kita berangan-angan.untuk bermimpi indah.yeah sememangnya kalau namanya indah tu mimpi la,dan yang pahit tu pulak realiti.oleh itu,dengan tak ragu-ragu saya nak gunakan belog untuk melempiaskan segala keindahan anganan saya.ini tak lain tak bukan untuk menghiburkan hati sendiri.oh belog,hebatnya kuasa kau :)

mengapakah saya nampak seperti ke-desperate-an untuk bergembira di belog?okay,ini adalah atas dasar isian SPA saya bermasalah.akibatnya kawan-kawan lain dapat panggilan untuk menduduki peperiksaan PTD dan saya pulak..okay tak perlu la cakap lagi,sambung dengan andaian masing-masing.sob sob,ya saya sangat menghayati erti dukacita di saat ini T_T tapi tak mengapa,mungkin belum tiba apa yang kita panggil rezeki.saya dah kemaskini permasalahan isian online tersebut.maka harapannya jangan la kau stuck dan cakap saya tiada dalam urusan lagi ye.tahu tak saya kecewa Shia Labeouf.sekecewanya awak saat melepaskan bumblebee dihantar pulang dan sekecewanya awak apabila mengetahui Sentinel bersubahat dengan Megatron.deyummm!

okay,langsung tak berfaedah entri saya malam ni.tapi berhasil jugak menggembirakan kembali hati saya kepada bunga-bunga matahari.saya percaya di saat kita ada segumpal rasa sedih atau muram,kita perlukan satu medium untuk melepaskan rasa tak cemerlang tu,dan bagi saya belog membantu.mungkin tak banyak tapi sedikit rasa tu dah terserap masuk dalam alam maya ni.kadang-kadang even kita berkongsi rasa hati dengan seseorang pun kita berharap dia diam dan dengar ja,tetap sehala jugak komunikasi tu.so tak rasa kah yang belog adalah yang paling layak untuk luahan komunikasi sehala?jeng jeng jeng hipotesis seperti boleh diterima [angkat-angkat kening].begitu la indahnya sebuah perasaan,kita ada kuasa untuk menentukan rasa gembira kita.kalau kita pilih nak berdukacita maka berbulan lama pun kita masih ditakuk limau yang masam.atas dasar itu saya pilih untuk tetap gembira dengan Shia Labeouf,lololol goblok!;p

saya rasa saya dah okay.yeah,hebat kan kuasa belog?boleh la lepas ni anda pun ce cube ce cube.try and fail is cool,fail to try memang la tak cool.sekian terima kasih Shia Labeouf :)


someone does not really means orang.belog pun boleh ;)