Wednesday, December 15, 2010

janji yang dikota :)


salam
^___^

hye u-ols!hari tu aku ada buat entri pasal Bandung.ingat tak ingat tak?okay now Part 2 datang menyusul.so mungkin bila korang pergi korang pon mahu mencuba apa yang aku hebah-hebahkan kat sini kan.so mari cik tourist guide nak bawak kalian terbang ke Bandung deh.yuh temen-temen,pasang tali pinggang keselamatan ya.udah mawu terbang kok! :DD

okeh,hari tu aku dah cerita sedikit sebanyak tempat-tempat yang aku pergi and 100% adalah tempat shopping.dah korang amik pakej menghabiskan duit so aku bagi la korang pergi shopping je.bahaha abaikan ye sebab aku sedang bercakap dengan cermin;p okay,now kita ke Bandung untuk mencari makan pula ye korang.apa yang boleh aku cakap,pergi Bandung ni makanan halal tak susah nak cari macam dekat Hong Kong sebab mereka pun majoritinya seperti kita jugak,saudara seagama,Islam yang indah :)

kedai makanan yang memang sentiasa dalam top-list aku adalah Mekdi atau dalam bahasa omputihnye Mc'Donalds.aku memang hip hip horayyy la bila jumpa Mekdi kat sana.design outlet dia tak jauh beza dengan yang di Malaysia,menu pon lebih kurang cuma mata wang ya berbeda dong,di sini rupiah,so jangan pengsan berbuih-buih mulut pulak kalau nak makan Mc Chicken harga ratus-ratus ribu.tapi kan,paling best sekali Mekdi dekat Bandung ni ada sudut cyber yang mana ada dia letak komputer berjalur lebar sekali kat situ kalau-kalau korang nak update status dekat Facebook ke twitter ke macam yang aku buat hari tu lah kan.haha orang jakun memang suka cuba benda tak mencabar.ado den kesah?asal ado eh minah :DD

okay,Mekdi tu macam biasa la kan sebab hari-hari boleh jumpa dekat sini pun.tapi yang ni memang superb cek habaq mai.Nasi Padang.ya dong,makannya dalam kedai berbumbung deh,ngak makan di padang bola mahupon padang polo.restoran Nasi Padang ni memang bersepah dekat Bandung,tapi menurut cakap Bang Hendra (gambar di atas) kena pandai cari jugak,kalaw tak mungkin rasanya ya kurang kick dong.okay,Bang Hendra tu la yang jadi tourist guide kitorang kat sana.memang sangat sporting la bila sanggup bawak anak dara Malaysia ni pi shopping dari matahari terbit sampai matahari terbenam.makasih bangat deh Bang Hendra! ;)

and now part kedai makanan di jalanan.nampak macam tak meyakinkan tapi percayalah yang makanan di tepian jalanan ni jugak sangat sedap.mabeles!oh ya,buat pengetahuan hangpa,ada sesetengah tak menitik beratkan kebersihan,al maklumlah tepi jalan,tapi tak semua macam tu.ada yang teliti.buktinya kitorang beli kuih-kuih dan tak lupa juga aiskrim durian yang memang best made by road-stalls.eh ye ke road-stalls?apa-apa aja lah.oh ya singkong ni datangya dari ubi kayu yang digoreng dan ada macam-macam jenis singkong dan salah satunya singkong keju :)

okay,ni pulak escendol atau bila dimelayukan jadi la cendol.tak banyak aku nak cerita tentang escendol ni sebab saling tak tumpah macam cendol dekat Malaysia jugak.so kalau korang pergi Bandung jangan la kata mati kebuluran tak makan sebab makanan kat sana pelik-pelik.aku akan jadi orang pertama yang abugen korang sebab bagi alasan kejam tu.tak ada maknanya dong.silap-silap korang gained weight lagi macam aku.miahaha,aku ni di mana-mana pun gained weight.haish -_-"

finally tak lupa jugak Air Fanta yang korang boleh jumpa dekat ceruk mana punya kedai pun.ala-ala Pepsi versi Bandung gitu kan dan dan paling famos amos tentulah bakso!time ni aku pilih untuk makan bakso dengan menggunakan chopstick.perghh berlagak macam dah terel lepas tu dah terkial-kial nak sepit bebola daging tu kan.sekali cepelup jatuh balik dalam sup and at last guna jugak la sudu.boo boo malu ah saat tu.dan dua orang kawan aku pulak pilih untuk makan batagor time ni.haaa korang try la nanti.seyes memang sedap weh.aku sampai mengidam batagor balik Malaysia ni.naseb baik bukan perpempuan mengandung,kalau tak meleleh air liur baby aku nanti kan.ape ko ingat senang bapak ko nak terbang pergi Bandung dengan risiko kena tackle dengan gadis Indon yang persis Luna Maya.wad wad dehek la merepek pulak Yana ni haa.pangg sedas setengah.tssk tssk T_T

okay,maka tamat la sudah sesi jalan-jalan membuncit perot kita.entri ni tak lengkap lagi untuk menceritakan Bandung sebenarnya.so apa yang korang perlu buat adalah pergi masuk website Air Asia,cari tambang murah ke Bandung dan experience sendiri apa yang ada dekat Bandung tu.Bandung is quite interesting but still Malaysia is the best lah! :DD


3 comments:

cokelat panas said...

wah..pegi bandung x ajak pun..
pastu g mcd pulak tuh..
wuhuh..:P

A-N said...

bestnya pergi bercuti! waaaa.jeles ni.

tak pernah keluar Malaysia. hee.

Yana Rashid said...

cik epal: WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.speechless *tengs cik epal sudi dtg belog cabuk ni :')

cokelat panas: ahaa,bekalkan cokolat panas setahun sure 3 bulan setengah sebelum berangkat sy war-warkan;p

afifaa: one day pasti akn pergi jugak.ni pun baru my festime :)