entri pagi ni akan dimulakan dengan mukadimah yang dipetik dari tukang pentagged - cik Yaya yg comel:
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you :D"
haa amik ko Mak Jah!25 okeh.tejojol bijik mata tengok dua puluh lima.tapi takpe,25 jeh bukan 52.so mari kita proceed tanpa berlengah-lengah lagi.eh jap jap,teringat pulak zaman tulis biodata dulu-dulu kan.mesti nanti ada kawan baik,pastu nama mesti tukar-tukar ikot tuan punya buku.takot kecik hati tak tulis nama beliau kan.haha.pastu mesti ada kenangan pahit dan manis.pastu mesti ada makanan kegemaran dan minuman kegemaran.pastu last sekali mesti ada pantun "rama-rama cantik,ikan keli panjang,awak cantik,kite sayang" hahaha :DD
okayh,dah puas membebel,mari sambung semula!
1.nama penuh saya NURFITRIYANA BINTI ABD RASHID dan saya suka kentang goreng Mc'D.
2.saya sangat suka alam sekitar,haiwan yang halal dan jugak laksa.
3.saya sangat suka kucing.ya amat-amatnye lah dan saya suka tomyam.
4.saya ni fragile,need to be handled with care.tapi senang pujuk.buktinya cuba bagi set Quater Pounder yang large depan mata.memang time tu awak dapat perhatian kelas pertama lah.haha.
5.saya ni suka budak-budak dan berharap dapat buatkan satu belog untuk anak-anak di masa akan datang.oleh sebab itu saya juga suka cupcakes ;)
6.saya sedang dan sudah dan harapannya akan terus bercinta dengan encek buah hati saya selama hampir 8 tahun dan dia tahu saya suka char kueh teow.
7.saya sayang mak ayah dan adik lelaki saya di samping tok pah mak sedara pak sedara sepupu dan sepapat jugak dan mereka tahu saya ni hantu Yong Tau Foo.
8.saya amat menyayangi kawan-kawan sedari sekolah rendah menegah mahupun unibesiti dan saya merancang untuk adakan BBQ bersama-sama mereka suatu hari nanti.reunited dekat Pizza Hut pon dah okey sebab saya suka makan pizza!
9.saya sangat suka berjalan-jalan tak kira walaupun dalam rumah sendiri dan saya akan berhenti bila ternampak orang menjual cendol.
10.saya sangat suka komik.memang kipas-susah-mati la dan sudah menjadi tebiat saya sambil baca komik sambil menguyap.jadi pilihan utama saya pasti lah cekedish.
11.saya tak suka pacat dan cacing sebab dia kenyal sangat tapi saya suka je marshmellow.haha.
12.saya suka pergi pantai dan jerit-jerit macam orang tak ketahuan.eh bila takdak orang eh;p dan rasanya bertambah cool kalaw time tu makan aiskrim Paddle Pop Pelangi.sugoi sugoi sugoi ;)
13.saya menyimpan impian untuk kahwin awal sebab saya teringin nak ada anak perempuan yang tak jauh beza umur.so boley jadi macam bestie gitu dan dan boleh pergi makan Waffle peanut butter bersama-sama :DD
14.saya suka mekap tapi saya rasa makan Banjo lagi best!
15.saya boleh jadi terlebey emo kadang-kadang dan time tu apa yang ada di fikiran adalah makan roti canai pon sodap :p
16.saya ni sangat la gelabah orangnya tapi bila tengok pasemboq saya lagi bertambah gelabah.punggah!
17.saya suka tengok benda yang cantik.namun yang demikian,sushi lebih menarik perhatian saya.omeyomeyomeyo taboley nak say tidak.huhu.
18.saya ni bukan lah jenis gadis yang lemah-lembut tapi saya manja.awww gelinya tulis macam ni.haha.tapi tapi tapi,saya memang suka nasi goreng daging merah ;)
19.bagi saya belog ni macam kawan baik dan spagethi bolognese pulak adalah nyawa.haha;p
20.saya berharap dapat berkhidmat dengan Kementerian Pelancongan satu hari nanti dan saya juga berharap saya dapat makan dekat Bubba Gump Shrimp,one fine day :)
21.lagu For The Rest of My Life yang Maher Zain nyanyi tu adalah lagu feveret saya.harap encek bakal suami dedicate untuk saya suatu hari nanti bersama sepotong kek Black Forest dari Secret Recipes ;)
22.saya ni seorang sapiens yang kalau boleh nak gembira jeh,jadi saya akan suka explore tempat makan yang berbagai-bagai dan next list adalah Ichiban Ramien yawwww! :DD
23.shopping dan wanita macam satu benda yang memang tak awkward langsong,jadi saya pon suka jugak la shopping.bila penat pergi singgah beli Chocolate Ice Blended.memang wallah la!;)
24.bila berjalan saya tak pandang kiri kanan dah sebab saya ni sapiens spesies yang rabun dan pastu berlagak macam bermata normal.tapi yang peliknya bila nampak je Ireland's Potato saya macam "ehhhh singgah kejap singgah kejap."haha;p
25.and lastly tengok wayang memang best.dan bertambah extravaganza best bila Caramel Popcorn dia amat sedap haw-haw punya.hoyeah! ^__^v
perghhh habis jugak akhirnya.wahhhh clap clap clap.cakap tahniah dekat diri sendiri.haaa,lastly saya rasa awak-awak semua mesti dah tahu apa habits saya dan most of all mesti dah nampak kot fakta yang saya sangat sangat sangat lah mencintai makanan!:DD
itu sahaja,saya tak maw tagged 25 orang tapi bila awak dah baca sampai ayat ni awak tahu awak pon kena buat.baru adil dan saksama kan kan.haha.dan dan jangan lupa link kan entry awak-awak sekalian dekat sini yeh.so boleh la saya cekidaut 25 perkara tentang kawan-kawan bloggers saya.selamat membuat senarai peribadi yu ols! ^___^v
1 comment:
ngeh3...semua bende mesti ade makanan..:D
Post a Comment