okay.habisnya final,aku for sure la akan balik Penang.memang tak la kan aku nak tercangak kebodohan tak buat apa-apa dekat Puncak Alam nih.even time kawan-kawan yang lain dah habis paper pun aku dah terkontang-kanting macam ibu hilang anak kunci rumah.omeyomeyomeyo.takdak pasai cek nak bermastautin kat sini.boleh mati kutu kat kepala.woot woot ayat tak pernah tak overated -_-"
okeh.korang pon yang mana budak-budak unibesiti,adik-adik sekolah rendah menengah separa-u mesti nak dekat cuti dan mungkin jugak dah bercuti macam aku kan.so,hangpa ada tak plan nak pi bercuti mana-mana?haaa mai sini aku nak suggest hangpa mai bercuti kat Penang.best oh.bak kata seorang bekas juara raja lawak "terbaik dari ladang".ladang mana mai cek tak taw.toksah tanya lebih-lebih la pulak kan.hangpa ni pon.haih -_-"
okaih now mari kita ronda-ronda Penang secara pukal :)

kat Penang ada Hard Rock Hotel.kalau hangpa ni dari genre jiwang karat tangkap leleh punya tak bermakna hangpa tidak dihalalkan menjejak kaki ke sini.boleh ja datang.buktinya aku dari rentak balada ni pon boleh masuk.ha ha.apa punya caption la kan macam ni.dekat sini hangpa boleh tengok live band.gempak oh.hari tu Faizal Tahir pun dah Hanyut kat sini.hangpa bila lagi?lai lai lai :)
yang ni design dalam hotel.tengok poster kat belakang tu.unik oo.tapi tak la macam Uniqlo yang bawak 500 customers pegi Tokyo percuma haw-haw tu kan.aku masih makan hati tak pi berebut nak jadi antara 500 yang pi tokyo tu.kalau tak mungkin dah boleh jumpa Takashi Kaneshiro.dushh dushh bengang seminit setengah.
dan ini environment dan pandangan depan Hard Rock Hotel.macam kat Las Vegas kan.aceceh,sembang macam la pernah sampai sana kan;p haaa,nak gambar bilik-bilik dia hangpa pi la google sendiri na.aku tak sanggup nak keluarkan wang-wang besar buat masa sengkek ni haa.tunggu la dah jadi Toh Puan atau Dato' esok lusa tahun depan atau mungkin dalam mimpi.huhu.
kat Penang jugak hangpa boleh menyedut udara laut sambil naik feri.dulu aku kalau nak naik feri mesti tunggu sampai feri yang ada tulis Pulau Pinang sebab feri ni dia dinamakan dengan nama-nama pulau.so ada Pulau Tikus dan lain-lain nama pulau lagi la.hangpa jangan jadi macam aku pulak.naik ja yang dia tulis nama pulau apa pun sebab destinasi dia memang nak pi seberang jeti sana jugak.tapi sebab aku masa muda ada sedikit ngong,aku rela tunggu feri Pulau Pinang.apadaa punggah!
oh ya,nampak tak Komtar dalam gambar kat atas.dulu orang akan ramai pi Komtar,tapi sekarang aku paling suka Queensbay Mall.sebab apa?tanya lagi.shopping la.suki desu!
haaa,lupa aku nak habaq kat hangpa.kalau dah alang-alang naik feri tu hangpa pi la sampai kat bumbung feri.pi jumpa kapten dia.boleh la rasa macam nahkoda zaman Sultan Melaka dulu kan.aku yang gayat ni pon usaha panjat ke bumbung dengan gigih.hangpa tak maw?ish ish ish.rugi oo.nanti taboley nak riak dan takbur depan cucu cicit.niat salah tu niat salah tu.haippp!
pastu kan pastu kan,ada Padang Kota Lama.boleh main layang-layang dekat sini.di samping tu,hangpa boleh mai jalan-jalan berpegangan tangan sambil melihat matahari terbenam.perghhhh romantik ya amat!dengan kawan pompuan na.hangpa gatai mak ketuk tangan.haippp haippp!
dan bagi hangpa yang selang 2 minit lapaq selang setengah minit lepas tu lapaq.jangan risau atau berdukacita.kat Padang Kota Lama ni adalah sangat penuh dengan limpah kurnia van-van makanan.rojak ada,nugget ada,jajan ada,cendol ada.macam-macam ada la.jadi jangan buat muka macam insan kebuluran kalaw datang kat sini.Penang ni ibarat syurga makanan taw.jadi bersiap-sedia dengan perut saiz extra large okay :')
bila malam pulak hangpa mai la jalan-jalan dekat Gurney Drive.kat sini pon banyak family datang lepak-ing.so havoc sikit keadaan dia.bila dok kat sini keadaan dia macam lebih nak menghayati laut.angin tiup sepoi-sepoi bahasa.lepas tu tengok kapal-kapal besar atau kalau best lagi dapat tengok cruise.sugoi sugoi sugoi ^__^v
kalau hangpa rasa nak comel-comel sedikit boleh la hangpa beli buih sabun dan start tiup-tiup sampai habis sebotol pastu beli lagi,tiup lagi sampai la pagi.haa nak sangat kan.tapi seyes best oh bila main buih sabun dekat Gurney Drive ni.kira macam meniup masalah.tak percaya?haa cuba kau cuba.aku cuba dah.buktinya tengok gambaq cek.renyih macam kerang busuk dah tu kan.tee hee hee~;p
okay,last destination yang aku nak tunjuk adalah Taman Negara Pulau Pinang.mesti hangpa macam "eh,Penang pun ada Taman Negara?" ya.ada okeh.taman negara yang paling kecik dekat Malaysia ni dekat Penang la.jangan la pi tanya keluasan tanah dia pulak kan.memang N/A lah.tapi kecik-kecik dia pon macam-macam ada dekat sini.ada Pantai Kerachut,Tasik Merokmitik dan macam-macam lagi keunikan alam semulajadi ni.bila hangpa mai sini hangpa mesti "oh,i love my mother nature muchi muchi lah!" ya,it is indeed true okay.bila tengok kehijauan dekat sini pasti hangpa akan pulang dengan cinta hati yang baru.percayalah!
let say hangpa berminat sangat dengan Taman Negara Penang ni,hangpa boleh pi singgah dekat dia punya Pusat Interpretasi.kat sini macam-macam maklumat ada dia sediakan.siap ada macam dewan seminar lagi kalau nak dengar penerangan dari pihak Taman Negara ni.lepas tu hangpa nak budget jadi wartawan serbu dengan soalan pon boleh.depa memang ramah.jawab dengan senyuman.awww orang Penang memang friendly gitu.ahakz!
okeyh,ni suasana dalam Pusat Interpretasi dekat Taman Negara tu.yang aku berposing ni dekat tempat penerangan tentang pokok kayu bakau.so,kiranya percutian hangpa kalau mai Penang ni bukan sahaja memorable tapi jugak get updated with some new infos yang sangat berguna.yang lepas tu boleh cerita dekat anak cucu cicit betapa pentingnya kita kena sayang dengan ibu alam kita nih.go green.haaa semangat tu penting!hnss hnss.
okay,sekarang tamat la sudah sesi percutian secara pukal kita ke Penang.sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang aku tak tunjuk.macam Miami Beach, Monkey Beach, Tanjung Tokong, Bukit Bendera, Batu Feringghi, Taman Rama-Rama, Taman Botani, Kek Lok Si dan dan waaaaaaa banyak sangat lagi la.tempat makanan lagi.tu dekat area island,belum mainlaind lagi.haaa hangpa nampak tak betapa berbaloinya bercuti kat Penang?so tunggu apa lagi.satgi malam,hangpa pi ambil minyak angin Langkawi,pi urut-urut betis mak ayah masing-masing.pastu cerita la pasal Penang.ha ha ha.ya,kita harus berbijak mengatur strategi.okay la,insyaAllah kalau aku pi ronda dan pusing-pusing Penang lagi,aku akan update dekat belog ni.till then happy hols peeps.take care taw and and have a blast hols ever! :DD
soseh-soseh: hangpa kalau mai Penang tu jangan lupa aku.entah-entah ada jumpa makhluk comel tengah dok melahap pasemboq tepi jalan tu kan.eh eh tu bukan aku taw.hahahaha.sekian,wassalam :)
3 comments:
wah boleh jadi ejen pelancongan ni hehe
lama betul saya tak gi penang
ada rezeki memang nak pi pun
eksaited nya muka beliau :p
eksaited nya muka beliau :p
Post a Comment