Friday, July 1, 2011

Puncak Mutiara Cafe

as-salam :)

atas dasar kerinduan yang mendidih dalam jiwa terhadap Puncak Alam,maka semalam saya bersama mak dan ayah telah pergi ke Puncak Mutiara Cafe.okay la tu kan,asal ada "puncak" kita budget la tempat tu macam Puncak Alam.haha:p tapi puncak kali ini sangat dipenuhi lemak dan semestinya dari lemak bakal membentuk nilai tambahan kilosss.ya saya redha :')

kualiti gambar sangat-sangat lah miskin memandangkan kamera telefon hanya bermega piksel 2.0 sahaja.rasa macam nak jadi Watson Nyambek berlari pantas balik rumah ambil kamera yang cun sikit supaya gambar pun boleh jadi cun walau pun tak lah cun mana.okay,jalan masuk ke Puncak Mutiara Cafe ni kalau anda pergi di waktu malam sangat lah umangaih takotnyiee sebab macam nak masuk hutan.indeed tempat tu pun memang dalam hutan,tapi serius nak bagitaw tempat dia sangat cantik.ambience yang sangat tip top.kalau datang malam ni malam esok pun macam nak datang lagi.tak picaye?cuba la datang dulu baru la taw :)

okay,ini adalah menu yang anak dara sorang ni pilih.nama dia Chicken Maryland.kan dia dah kata nak budget omputih kan hari tu.so memang pun tak ragu-ragu la nak makan budget menu omputih.sungguh tak sedar diri.haih -_-"

minum air pun nak budget omputih jugak,jadi saya order Jus Roselle.wallah rasa macam makan malam dekat United Kingdom tiba-tiba.tu dia punya dreaming nak habaq.piang piang cepat lah kau sedar dari mimpi indah semata tu:p

dah bersempena dengan musim buah yang melanda,ayah terus order durian sebijik dan mak pulak makan ais batu campur sahaja yang sangat gedabak punya besaq.tu dia malam tu memang la sangat berasa kekenyangan.syukur alhamdulillah rezeki di awal bulan Julai ini sangat indah.harapnya sepanjang bulan Julai ni pun indah belaka la.oh ya,sesiapa yang stay area Penang tu cuba la jejak kaki ke Puncak Mutiara Cafe ni.sangat best habaq mai.tempat makan yang sangat berbeza dan unik dari kedai makan lain.untuk maklumat yang lebih lanjut adalah lebih baik terus ke www.puncakmutiara.com

serius terasa macam jurucakap kedai makan yang sangat skema.pulun Yana pulun:p

3 comments:

anak adam said...

mcam jaln jaln cri mkn punye program plak...hehe...

Yana Rashid said...

budget mcm tu la,hehe;p

anak adam said...

u buley jd hos program...tgok ur post tntang tmpat jaln jaln n personality mmg layk..hehe...