
salam
^___^
okey,hari ni aku memang bersikap tamak dan agak gelojoh sebab masa amat mencemburui aktiviti online aku.jadi sementalah masa yang ada sekarang ni aku nak update entry untuk esok sekaligus.esok hari Ibu,tahu ke tak tahu?kalau tak tahu sekarang boleh la consider diri anda sebagai sudah mengetahui.ha cepat cakap terima kasih untuk aku atas jasa memperingati hari bersejarah:) tiba-tiba tak sabar rasa nak jadi ibu.pee ef ef tee!;p okey,ini amaran awal,memandangkan ini entri yang skema lgi nerd plus plus,maka kata ganti nama akan bertukar kepada saya.ya,saya :)
bagi setiap orang ibu mereka adalah seorang yang sangat powerful,mempunyai kuasa super mengendali rumah tangga dan anak-anak,mempunyai janaan kasih sayang yang tak pernah putus dan mengungguli carta pengorbanan yang sentiasa top first.ya,begitu jugak dengan emak saya.sesungguhnya bila seorang wanita sudah bergelar ibu,beliau berpeluang untuk memiliki segala kuasa yang sewaktu remajanya tak pernah tersangka boleh macam tu,itulah kekuatan yang ada pada status ibu.dan apa yang saya nak cakap hari ni adalah emak saya sangat berjaya dengan statusnya sekarang.saya tahu emak tak akan baca pon entri ni melainkan saya yang bukakan dan tunjuk dekat emak,tapi saya tahu yang emak tahu setiap isi hati saya dan sebanyak mana saya menghargai emak :)
emak,ana percaya dengan cinta pandang pertama.eh tak tak,ni bukan nak cerita tentang calon menantu emak,tapi ni cinta antara kita :) ana percaya dengan cinta pandang pertama sejak hari pertama ana lahir dan wujud dekat dunia ni.sebab pertama kali tengok mak sampai lah ke hari ni cinta ana dekat mak bertambah-tambah.tak pernah pudar.dari situ la ana tahu yang cinta antara seorang ibu dan anaknya adalah cinta yang pertama :) okey mak,start dari ayat pertama rangkap kedua ni sampai la ke ayat terakhir tadi merupakan status ana dekat facebook.hehe perlu kah nak mention dekat sini pulak kan.alala mak,macam tak kenal anak mak ni.kan ke kecoh budaknya,ngeeee senyum nampak gigi.
emak,banyak benda yang kita experience sama-sama.ingat tak ingat tak?semua bermakna.bagi satu juta pon tak boleh ganti memori tu tapi boleh cover untuk kita bercuti.wink wink ;) mak,segala nasihat mak,segala tentang hidup ni yang mak guide dah menjadikan ana seorang yang boleh kira sudah hampir dengan kejayaan.insyaAllah lepas ni fasa untuk ana menyenangkan mak dan ayah pulak,wee tak sabar rasanya :D terima kasih mak terima kasih atas segala-galanya.i owe you my whole life mak!
emak,bukan hari ibu ja taw ana wish bagai nak rak atau menghargai jugak bagai nak rak,tapi tiap-tiap hari pun macam tu.okey la mak,berhingus dan berair mata dah keyboard ni.nanti kalau litar pintas dan shot circuit terpaksa pulak minta mak ganti baru,hehe :') semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik,segala yang terbaik ana doakan untuk mak.seperti mana mak nak yang terbaik untuk anak-anak mak,macam tu jugak la dengan ana.mak,I LOVE YOU SO MUCH! :'D
2 comments:
dh kasi mak awak bace ke entry ni? =)
hehe,not yet,nanti sesudah sampai penang bakal beri mak baca :)
Post a Comment