Thursday, April 7, 2011

almost done :)

salam
^___^

pernah dengar tak pepatah "nak tergedik-gedik,sekarang bersedih pula".pernah tak pernah tak?okay,jangan tipu kata pernah sebab tak pernah ada pon pepatah berbunyi begitu:p tapi aku claimed tu sebagai pepatah yang melanda situasi sebal aku sekarang ni.hu hu hu T__T

bila dah sampai tahap sekarang ni baru aku sedar yang masa tu bergerak macam lipas kudung.tup tup now dah nak grad degree dah pun.alhamdulillah :) tapi tu la,sayu pulak rasa hati aku ni nak lepaskan title sebagai seorang student,bertambah sayu bila memikirkan hak-hak istimewa yang bakal menyirna tak lama lagi.omai omai,tak sanggup lagi rasanya.tapi bila mengenang buku,teori dan kertas periksa aku macam nak lari marathon tak maw ambik taw dah haih.tapi tu la,setiap apa yang kita nak tu ada la bayarannya.kan kan :) bekerja dengan cara bekerja dan belajar pulak dengan cara belajar,setiap tu ada pahit manis sendiri.macam belajar la,nak berjalan bercuti keluarga tanggung lagi,mak ayah pun selalu la nak tanya ada duit ke tak lagi.kalau dah bekerja mungkin mak ayah tak heran sangat tapi ye lah kau pun tak malu ke nak ambil duit mak ayah lagi kalau dah bekerja?tepuk dada tanya selera.cepat tepuk sekarang;p selera aku bersimpati sikit,bila lagi nak bagi mak ayah kesenangan ye tak?

mami and dadi,this time around your dainty damsel neh nak jambangan bunga lagi besar dan bear yang jugak setinggi 166 cm.haha lempang besar maw tak ujar mak ayah? -__-"

tak mudah jugak aku nak sampai ke tahap sekarang.nampak memang senang,habis spm ke diploma then grad,lepas tu further pulak degree dan sekarang dah nak grad sekali lagi.it was like wah cepatnya masa berlalu,tapi dalam tiap masa yang berlalu tu ada ceritanya,ada dugaannya.tak semua benda datang shiuuu menjengah depan mata,semua perlukan kesabaran dan jugak kekentalan hati.pernah jugak aku ada rasa nak berhenti tengah jalan sebab rasa otak macam dah sangat tepu untuk belajar,tapi ahh tu alasan orang malas,memang la selalu cakap otak tepu la,kepala dah tak boleh nak hafal-hafal la.gila lame punya excuses.loser boo boo:p

no more gila-gila remaja dah lepas ni,harus menjadi semakin matang dalam melakar sebuah kehidupan.harus kuat harus kental :)

harus berdikari dan bukan lagi little daddy girl.malu rasa bila perangai muda tapi usia dah tua.jangan nak childish sangat okay.even dalam tiap diri seorang gadis itu ada anak kecil,kau harus tahu seimbangkan percentage kedua-dua elemen itu agar dia akan membentuk satu sebatian yang tidak meng-annoying-kan.deng macam belajar sebatian kimia pulak.ge ge ge -__-"

pasti lepas ni sangat banyak perkara yang akan dirindui.SANGAT BANYAK.paling banyak nak rindu sudah pasti lah rasa bosan yang berbakul-bakul sekarang ni.bila dah kerja nanti maybe bosan yang berbakul tu dah tinggal separuh sebab yang lain dah penuh dengan komitmen komitmen dan komitmen.harapnya zaman berkareer nanti semua berjalan lancar dan bukan lah sesuatu yang membebankan.amin :)


kawan-kawan seperjuangan,pastinya aku akan merindui kalian.perjalanan hidup kita tak tamat di sini,begitu juga persahabatan.selagi nadi masih bernyawa selama itu akan aku kenang suka-duka kita bersama.omai,puitisnya aiiiiiii;p

hidup,setakat ini aku banyak belajar.jatuh bangun tersungkur dihina menghina? aaa tak tak,kitew tak nakal lew,haha.apa pun aku nak menghadapi hidup ni dengan kegembiraan.mungkin tak ada jaminan yang hidup akan lebih panjang dengan gembira sebab ajal maut ni di tangan Allah tapi dengan kegembiraan tu hidup yang singkat ni akan terasa lebih bermakna.aku tak nak sesalan aku hinggap di hari yang mendatang.maka,aku harus bijak dari sekarang.lakaran mungkin tak boleh di padam,tapi kekreatifan dalam mengubahsuai akan membantu membetulkan lakaran yang salah itu.what say you?

til then,tatas.
^___^,v

2 comments:

Adamson said...

betul la tu... :-) dunia luar bukan lagi macam dunia study2 dulu tu... kene matang, wah! mmg knagan ngn kwn2 xboleh nk blah, saling amik tau naa pas ni... gud luck 4 ur future lifesss...

Yana Rashid said...

so harus bersedia dengan penuh matang lagi kental.semoga dunia luar tak sekeras yg disangka.thanks adam.u too :)