Saturday, March 5, 2011

di sini tempatnya air mata tumpah


salam

duhai jiwa tak bernyawa,lebih enak rasanya berbicara bersama kau.mungkin aku seperti hilang sebuah kewarasan bila berembesan air mata di sini tapi aku tahu aku bakal lega.aku tahu kau diam tak bersuara tapi aku faham yang memang kau tak akan bercakap pon tapi tetap kau lah pendengar aku yang setia ;(

hati dan jiwa,kenapa aku begini?kenapa aku tak stabil dari segi emosi?kenapa ada waktu aku paling gagah dan sebahagian dari hidup lagi aku loser gila nak mati.aku benci lah.aku tahu manusia tak sempurna tapi rasa tak sempurna yang ada pada aku macam membunuh diri dalam diam sahaja.tolong lah,hati aku tak tenang macam ni.rasa tertekan dengan diri sendiri.sekali lagi,aku benci ;(

hati dan jiwa,Allah sayang aku kan?sebab tu dia datangkan rasa tak tenang dan gundah gulana ni,supaya aku mendekatkan diri aku padaNya.mungkin Dia nampak aku dah jauh kena tarik dek ombak.aku patut bersyukur kan.Ya Allah,ampuni dosaku,dekatkan aku padamu agar cintaku padamu menjadi cinta yang teragung.jauhi aku dari lagha duniawi.teguhkan hatiku,kukuhkan imanku.sedarkan aku dari buaian indah cinta dunia.aku mahu ketenangan hati yang hakiki :')

sudah,ubati hati dan jiwa dengan melodi menusuk rasa.sekian.



No comments: