Sunday, January 16, 2011

Hari Yang Hening

salam
^___^

dear Heart and Soul,

hari ini aku bangun pada waktu yang agak lewat bagi seorang anak dara.aku tak bangga pun.kalau mak tahu ni mesti aku dah kena sepak bontot dengan laju-laju tahap kuasa kuda.eh metafora saja.mak aku tak seganas tu.beliau ganas lagi.erk?!;p tak,mak adalah insan yang paling lemah-lembut di dunia.sayang mak!

bukak rangkap baru dan mula cerita baru pulak.hari ini cuaca macam tak ceria.seakan malu-malu pada seisi dunia.cahaya banyak tersorok di sebalik awan kumulonimbus.betul ke macam tu nama awan tersebut?aku tak kisah.tu nama awan aku,haha :D oh ya,semalam adalah hari yang sedikit kontroversi bagi aku di mana seorang rakan sekelas cakap perangai aku macam *tet* [harus di sensored kerana tak sesuai buat tatapan umum].aku rasa nak marah jugak tapi biarkan lah dia cakap aku macam tu.manusia kan bebas membuat andaian palsu.haih.kadang-kadang mendiamkan diri itu lebih baik dari berkata-kata.lagi pun aku tahu situasi sebenar.mungkin aku salah.aku dah minta maaf.dah lebih dari tiga kali pun dan aku ingat lagi,masa dekat sekolah agama dulu ustazah cakap kalau kita dah minta maaf lebih dari tiga kali dan si polan tersebut tak memaafkan tu dah kira sendiri tanggung la.haa dengar tu.jadi mari la kita jadi seorang yang pemaaf.oh ya,aku dah maafkan diri beliau yang tersebut.tapi kalau beliau yang tersebut tak suka aku apa la yang mampu aku buat.aku pasrah je lah.dalam dunia ni kalau 10 orang suka kita mungkin 10 orang jugak tak suka kita.jadi aku terima dengan hati yang terbuka :)

comel kan depa ni kalau dapat tidoq.alololo anak ibu.ibu hamster lah;p

rangkap baru lagi bersama sub topik yang baru jugak.hehe.hari-hari aku hari ini lebih banyak dihabiskan dengan online dan juga menternak lemak di rumah di samping beramah mesra dengan Tofu dan Fah,si tikus mondok degil yang sangat comel.walaupun comel aku masih takut-takut nak pegang.tapi setelah beberapa kali aku tukar tilam kayu dia tu aku rasa aku dah tak gentar dan terketar-ketar tangan nak pegang dah.aku seakan chill lah bro bukan buaya pon.memang la bukan buaya.dekat zoo je yang bela buaya.kui kui kui;p

okey la,rasanya itu sahaja buat hari ini.esok kita jumpa lagi okay.sayonara! [tiba-tiba teringat lagu Sayonara masa Pandu Puteri dulu.sob sob rindu zaman sekolah :')]

No comments: