Wednesday, December 1, 2010

sayang selagi ada :)

salam
^___^

saya sayang atok saya.saya sayang opah saya.awak sayang tak?eh bukan sayang atok atau opah saya,anio anio, tapi atok dan opah awak la.haih kena bagitahu jugak eh?dushhh sendiri bagitaw sendiri bising pulak.haih -_-" cuti ni ada balik kampong ketemu sama mereka ngak?awak sekalian ada kenangan manis dengan atok dan opah tak?

tebiat pulak kan buat entri awal-awal macam tengah soal-siasat penjenayah.tapi tapi tapi,haaa soalan yang ditembak tu mungkin membuat hangpa sekalian teringat akan atok dan opah.betul tak aku teka?betul kan?yeah,aku tawu dah.ate aku pon ghope itu jugok yoep.lucky me cause i am here with both of them.cup cup cup,sayang sampai lemas.awwww :DD

dari masa aku di zaman tak tercapai akalmu lagi aku memang asal cuti sekolah je balik kampong dan kalau balik kampong mesti wajib cuti sekolah.ahakz.ibaratnya Perak dah macam rumah kedua,tapi yang aku nak war-warkan kat sini,aku memang asalnya dari Perak.so tak ada istilah bermadu antara aku dengan Penang mahupun aku dengan Perak.clear?good.memang aku sayang hangpa lah,cepat belajar nih.nah amik choki-choki sebagai ganjaran ;)

oh ya,kalau hangpa masih mempunyai atok dan opah,ambil la kesempatan cuti ni pi melawat depa,yaa melawat mereka.pi jangan tak pi pulak.jangan dok pi mai pi mai tang tu jugak.atok dan opah kita mesti sangat gembira bukan kepalang lagi kalau kita spend cuti kita bersama depa.yaa mereka :) percayalah,kalau depa kuat dan otot tak kenduq lagi sure depa lambung hangpa macam timang-timang anak kecil yang sekarang dah "tu dia punya nala besaq punya. "*terlopong seketika atok opah hangpa* gagagaga tebukak rahang orang veteran tu;p

atok dengan opah aku sangat gembira kalau aku balik kampong.hurmm belakang cerita tataw la kalau tak suka.sob sob.ish ish tak baik prasangka tak elok weh,atok dan opah mana tak gembira bila biasa sunyi tup tup anak cucu mai buat pesta malam muda-mudi kat rumah depa.tu dia kalau tulang kuat kacak dan masih macho sure atok opah join meronggeng bersama.tu dia bahasa entri kali ni huru-hara betoi.punggah dah -_-" awak sekalian,saya susun sepuluh jari siap-siap kalau bahasa kurang lemak manis santan kelapa muda yeh.i sopan taw ;)

cuba bayang andai satu hari nanti di waktu tua for sure kita mengharapkan perhatian dari anak-anak,dan time tu kata la anak sibuk sangat.sorang doktor,on-call selalu tapi call kampong tak pernah.sorang lawyer,jaga hal ehwal kebajikan orang lain tapi insan di kampong yang terabai tak dipeduli.haa apa cer bai?bagi orang veteran yang dekat kampong ni kalau cucu cicit balik macam boleh buat kenduri kesyukuran,ni aku punya nak habaq kat hangpa ni betapa gembira atok dan opah kita tu.ya la kan,dah tua-tua ni hati mudah tersentuh,aceceh aku tak tua lagi taw.aku cuma cuba meletak kaki dalam sepatu opah aku.mungkin hangpa berpendapat macam lain,tapi bagi aku macam yang aku bebelkan ni la kan.kadang-kadang atok opah kita ni ada darah tinggi la,kencing manis dan ada jugak yang mungkin lumpuh akibat strok macam atok Jusop aku.sekarang atok aku cuma berkerusi roda ja.tapi aku tau semangat dia kuat,tambah-tambah bila tengok cucu dia balik,aku nampak dia macam sangat gagah dari aku yang berjalan dengan kaki ni :')

dulu atok Jusop selalu bawak aku naik Bumble Bee.haa hangpa jangan tak taw pulak yang Bumble Bee tu sebenarnya lebih dikenali sebagai Honda Cup70 dulu-dulu.cuma sekarang nama dah canggih.ala-ala nama Khatijah tapi panggil Khaty la kan.aihh bukan,ni Khaty yang lain,bukan hangpa aih.tak tak.jangan sentap taw ;)

sekarang atok Jusop dah tak boleh nak pusing kampong dengan Bumble Bee seperti YB melawat kampong macam dulu-dulu dah.kadang-kadang bila aku terduduk dan terfikir,sedih rasa hati,bayangkan betapa bosannya atok aku tapi dia tak mampu nak buat apa-apa.aku cuma berharap bila dah dapat kerja nanti aku bisa meng-upgrade Bumble Bee untuk beroda tiga.mungkin atok Jusop boleh ronda kampong seperti YB macam dulu-dulu balik.insyaAllah,mudah-mudahan niat aku dipermudahkan jalannya :)

oh ya,tak lupa jugak dengan opah Wa aku.opah yang sangat sporting bila aku dikritik kerana kemalasan aku.weee opah memang terbaek la! *high five* opah Wa aku alhamdulillah sihat,cuma ada sikit kecederaan lutut.eh tak tak,opah aku tak main bola taw.biasa la sakit lutut dengan insan veteran umpama irama dan lagu gitu,tapi apa-apa pun mari kita mendoakan kesihatan atok dan opah kita.semoga mereka diberi kesihatan yang baik hendaknya,aminnnn :)

ini opah Wa bersama penghubung anak cucu a.k.a telefon bimbit.ye ye,sampai ke market dibimbitnye ;) opah Wa selalu bersama aku memasak bersama.resepi selalu buat cokodok,rendang daging,rendang pucuk paku,ikan masak tocu,bla bla bla.banyak oh resepi tapi tu la aku ni pelajar lembam sikit bila sampai bab masak-memasak,tapi kalau makan ya udah,emang gue champion! :DD suka ko ye Yana nama sebenar.hampes!

dear opah Wa dan atok Jusop,
i really love both of you and i MEAN it.sayang sangat taw!

hangpa,aku nak kongsi something ni.aku percaya yang apa yang kita buat di hari muda ni adalah untuk kesinambungan hidup kita di hari tua.sayangilah atok dan opah kita sebab kita kena ingat yang satu hari nanti kita jugak akan beransur tua,muka berkedut,cepat letih dan pagi-pagi berdepan dengan simpul mengkarung.kita jugak akan berdepan dengan kesibukan anak-anak yang bekerja.luangkan la masa kita bersama mereka sebanyak mana yang mungkin.keluarga adalah harta kita kat dunia yang tiada tandingannya.sayanglah selagi ada :)

3 comments:

Cik tikah said...

saya sayang atok saya jga.... baca entri ni, rindu kat atok plak :(

acik mimi said...

salam...ziarah....saya bloggere baru..maaf singgh sini tanpa dijemput...

Yana Rashid said...

atika: so give them a call and tell them that u miss them soooo much.atok ngan opah tengah tggu ni cu ;)

luqman: thanks sudi dtg singgah sini.i am also a newbie here,x lm mn sgt dgn belog ini.salam perkenalan :)