salam
^___^
untuk pertama sekalinya aku ingin sekali menegaskan bahawa aku tak pernah bermain salji secara realiti walaupun di Bukit Cerakah mahupun di Genting Highlands apatah lagi la dekat seberang laut seperti London dan juga Korea.sob sob sob T_T haa tapi tapi tapi aku tetap ada memori musim salji taw.kira boleh la untuk buat sajian cerita sempena krismas :)
cerita ini berlaku di suatu masa yang mana aku masih di zaman tak tercapai akalmu,jadi kalau input cerita agak bodoh biasa la kan,budak baru nak up.baru kenal culture.wuhuhu tu kata kat diri aku sendiri tu.tak apa,no heart feeling eh yana ye.yana kan budak baik ha ha ha hangguk hang.kui kui kui;p
okay jom sambung cerita sebenar.yang sebenarnya tiap-tiap kali krismas menjelang aku mesti akan mengimbas balik zaman yang bila masa aku akan menyediakan stokin untuk menunggu hadiah dari santa klaus.wuu wuu bodoh piang sungguh pun la kan.maksud aku yang aku ni bodoh piang adalah bila masa aku kunun-kunun time tu wish nak kereta kontrol.perghh jantan sungguh naluri.tapi aku letak stokin yang hari-hari pergi sekolah tu.cuba bayang sat macam mana nak sumbat hadiah besar gedabak nohong tu dalam stokin kaki budak sekolah darjah satu.haa yang tu tak kesah la kan.tapi yang lagi bodoh piang dan rasa nak lempang tu tahun depan punya krismas ambil stokin longgar pulak.kalau tak longgar sengaja aku tarik-tarikkan getah dia sampai loose.haha sungguh taksub.lepas tu tak ada jugak hadiah.at last aku buat konklusi yang mungkin santa klaus tak bagi hadiah sebab aku letak stokin busuk yang dah terpakai. *duh,tepuk dahi sendiri sat*
bila sampai sekarang aku teringat kadang-kadang terfikir jugak di hati rosak tak akidah aku kecil-kecil dulu?tapi alhamdulillah la akal yang Allah berikan ni cepat buatkan aku berfikir secara penuh logika.mungkin nampak macam kecil tapi kepercayaan tu lama-lama boleh jadi kebiasaan dan akhirnya mungkin boleh jadi satu kewajipan.jadi ibu-ibu bapa-bapa siapa yang punya anak macam aku ni haa,bila tiap-tiap perayaan tu cuba ceritakan apa di sebalik semua tu.bukan apa,benda-benda kecil macam ni kadang-kadang kesan dia pada hati lebih besar dari perkara yang besar.macam aku dulu la,aku ingat santa klaus tu tuhan.nauzubillah terpesong memesong.wuu wuu.tapi nasib baik mak aku cepat bertindak dan ceritakan yang santa klaus tu sebenarnya adalah manusia yang berpakaian serba merah dan pasang janggut dan datang bagi hadiah untuk kanak-kanak.dan manusia yang bercostume macam tu selalunya mak atau ayah si budak-budak tersebut.dan bila aku tanya "tapi kenapa nak kena menyamar?tak boleh ke kalau jadi macam biasa?" mak aku jawab sebab orang tua nampak penyayang,jadi atas alasan tu la manusia yang nak memberi hadiah tu akan pakai costume seperti orang tua yakni santa klaus tu la,wah wah gila mengikut skema jawapan karangan aku hari ni kan.ngeh ngeh ngeh;p
oh ya,ada satu lagi.aku jugak tanya "kenapa hadiah tu pagi-pagi baru ada?" and nak taw mak aku jawab apa? mak aku jawab "pagi-pagi la rezeki tu datang.sebab tu Ana kena bangun awal pagi,jangan membuta sampai matahari cucuk bontot" wawawawa apa kena-mengena dengan krismas kan?itu kena mengena dengan aku.bahahaha;p

finally, Selamat Hari Natal bagi mereka yang menggatal.
eh eh bukan,Selamat Hari Natal kepada yang menyambutnya.
may you will meet your dearie Santa Claus ♥
No comments:
Post a Comment