Wednesday, December 8, 2010

biar tak cantik di mata penduduk bumi tapi namamu menjadi perbualan penghuni langit

salam
^___^

saya perempuan dan awak yang baca mungkin adalah lelaki mahupun perempuan.awak sendiri tahu la kan ;) perempuan dan kecantikan sejak akhir-akhir ni macam uda dan dara pulak.eh sejak azali ke haa?entah la,subjektif kalau nak buat perbincangan sepuluh hari sepuluh malam pun.ada orang kesah ada orang tak kesah dan ada setengah pihak lagi in between,macam aku.aceceh,memilih untuk berada di kedudukan yang selamat nampaknya :DD

aku mengakui yang aku kadang-kadang ada rasa macam "ish kenapa aku tak cantik macam beliau tu atau macam beliau yang sorang lagi tu."kalau buat belog walking dan baca belog yang tuan belog persis model tu macam haih untungnya dia,cun comel lawa segak cantik bom kebabom la hah.haa tu dia,kenapa tak sebut subhanallah indahnya ciptaan Allah,tu lagi baik rasanya.kecantikan tu kan anugerah Allah.semua orang cantik,sempurna sifat semua tu dah dikira indah satu ciptaan tu.kadang-kadang terdetik dalam hati aku ni yang "haih Yana,bersyukurlah ada jugak hidung nak bernafas,mata nak pandang-pandang,mulut nak menguyah tak berhenti." macam mana kalau satu hari Allah tu tarik satu dari apa yang Dia dah bahagi.okey la,tak tarik pon kata la satu hari mata sebelah kiri function disable.haa macam mana?apa perasaan?

tapi tu la,nama pon manusia,tak pernah rasa puas dengan apa yang ada.jadi aku pun sebagai seorang insan yang sering khilaf,kadang-kadang lalai dari mensyukuri nikmat yang terbentang luas depan mata ni.maka aku nak bermuhasabah diri di sini.jangan risau dan jangan mengeluh dengan fizikal kita.terima seadanya diri kita.sesungguhNya kita ni ciptaan Allah yang paling sempurna.biar lah andai orang tak melihat kita kerana rupa.biar orang lihat kita dengan hati.kecantikan tu milik Allah,bila-bila ja kalau Dia nak ambil balik Dia boleh ambil balik.kita ni pinjam ja.jadi semua mari sama-sama kita sebut alhamdulillah :) semoga hangpa hangpa yang baca entri ni,mungkin ada secebis dua kebaikan tu kita share la sama-sama okay.bagi aku biarlah di pandangan penduduk bumi ni kita tak cantik asalkan bagi penghuni langit kita cantik dan nama kita menjadi perbualan di sana :)


psst psst: cantik itu indah,tapi lebih indah andai cantik itu di hati,bukan perhiasan semata-mata ;)


3 comments:

naddy said...

ha setuju (:

Sempoi Guy said...

nampak ok je.

Yana Rashid said...

naddy: :)

sempoi guy:it just a monologue,hehe ;)