hari ni aku baru habis paper kedua.macam hai hai hai tamaw cakap lah.terel ya amat sampai dah tak cukup idea yang nak dimuntahkan.aku kan dah cakap aku tak suka final exam.kenapa harus ada?oh hidup memang takkan lepas dari ujian kan kan kan.sama ada bertulis mahupun tidak.itu sesuatu yang wajib.wajib hadapi dan wajib ambil tahu.haih masih tak puas hati lagi dengan exam tadi.walau menu time final kismis ikan kismis pon kalau otak tu dah tepu hai tak mampu la nak bagitaw macam mana lagi.nak cakap tak boleh jawab tak jugak.nak cakap boleh pon tak jugak.ini semua sebab facebook!huh tak agak-agak nak menyalahkan benda tak hidup jugak.yang dia sendiri jari berjalan pi login facebook update status bagai tiada hari esok,facebook jugak la salah.memang la macam tu.diri tak pernah nak salah.selagi duduk depan lappy sampai kaki tak kebas memang melekat la depan skrin tu.macam dah kena gam gajah.haih rosak minda,mata mesti dah penuh wavelength.kalaw boleh ambik wavelenght tu ukur mungkin dah sampai Penang jarak dia -_-"
dah la,takdak guna membebel cot cet cot cet sampai tebal bibir,tetap benda dah jadi.mungkin lepas ni kena beringat sikit untuk tak lemas dalam dakapan baking life mahupun country life.eh cup cup,bukan sikit na,beringat lebih.yang asyik beringat sikit tu yang buat tak teringat-ingat.go get your life back Yana!no more "eee kek aku dah masak ni,tak online hangit satgi" alasan ja tu semata-mata.satgi kalaw dapat tersesat dalam megamall Facebook tu macam dah tertawan dengan mega sales yang tak berpenghujung.semua cun semua cantik.semua mau.
uh uh.dah dah.tutup mulut angkat jari.sila keluar dari belog jugak.belog pon kan online item jugak.hoho buat lupa boleh;p
tata belog yang kacak.moga bercinta lagi.salam :)

sat sat.macam biasa nak jugak tempek gambar sekeping.alah sekeping saja.alah bisa tegal biasa dah lepas ni.kui kui kui.oh ya caption untuk hari ini: "bergembiralah seboleh yang mungkin sebelum muka lepas tu macam orang mintak kena sepak.huhu"
bebel bebel: mana bantal mana tilam.aku perlu tidur sekarang walau semalam dah cover untuk yang hari ni.thh thh thh entry macam mencurah air ke daun keladi -_-"
5 comments:
salam.yana study kat uia ke? =)
cutenya dia hehe
sian dia nak buat macam mana exam dah lepas
tapi elok la amalkan Koko Minda
cuma perlu disiplin dalam bahagi masa
fadhlina: salam.tak,sy study dekat uitm :)
syafrizal: tu la,sy sokong.tapi nk mendisiplinkan diri tu yg agak sukar.tapi sy akan mencuba.insyaAllah.koko minda tu produk HPA kan?
ye produk HPA... nak cuba ke?
ada YM tak?
saya punya: syafthegeek
mak sy pun ahli HPA,jd taw serba sedikit tentang HPA ni.tapi tak secara menyeluruh lagi.okaih,add sudah :)
Post a Comment