Tuesday, October 26, 2010

dua cebis rasa

seperti yang tertera pada subjek pink di atas,hari ni aku nak kongsi dua cebis rasa.ya,dua cebis cuma.janji tak lebih.tapi kalau lebih pun sudi-sudikanlah membaca.ingat,bangsa membaca bangsa berjaya;p

cebisan pertama
aku bijak dan semua orang bijak.walau time jawab exam kertas jawapan penuh dengan kekaburan fakta sahih tapi tetap aku bijak.kalaw aku tak bolot anugerah dekan tetap aku bijak,mungkin bukan rezeki aku dan mungkin aku bukan dilahirkan untuk dianugerahkan dengan anugerah yang cemerlang untuk membuktikan aku bijak.walau bagaimana kusut kacau bilau fikiran,aku sedar aku bijak.kalau tak bijak tak mungkin aku boleh buka satu akaun blog dan menaip dengan laju sebuah rasa tentang bijak.aku tau aku bijak cuma mungkin bijak tu lain dari bijak yang berjaya.tapi syukur kerana bakat itu sebenarnya ada :)

cebisan kedua
susah nak menghargai yang sedia ada.semua yang dibuat tak kena.mungkin tak memuaskan dan mungkin jugak begitu amat memuaskan sekali.yang ada di depan mata sering kali terabai.jangan peduli,walau apa yang dilakukan jangan kisah.tetap rasakan sebuah rasa itu kosong walau secara jelasnya rasa itu melimpah.tak siapa hirau.biar limpahan tu mengalir semua sehingga hilang punca limpahannya.sehingga itu apa yang tinggal hanya kosong.tak mungkin dilimpahkan semula kerana sumber yang datang sudah pergi dan tak mungkin dapat dicari ganti..

i made my words.dua cebisan cuma.till then,assalamualaikum :)

No comments: