time tengah rajin kemas almari baju tadi aku tengok banyak betul baju kurung.rasa lapang hati sebab walau sekarang baju seluar yang selalu jadi pilihan.sebenarnya dalam hati teringin nak sentiasa berpenampilan dengan baju kurung sahaja sebab aku sangat minat dengan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz punya penampilan yang sentiasa berbaju kurung tu.lagipun tak pernah aku rasa selesa yang seselesa berbaju kurung.okaih enough,aku bukan la nak mengarang apa tu baju kurung mahupun sejarah baju kurung atau dekat mana boleh dapat baju kurung murah.oh memang tidak mungkin sebab ni diari bukan tempat informasi.sila ambil perhatian.tee hee.
yang sebenarnya bila tengok baju kurung ni memori zaman hnss hnss hingus hijau terus terjah kotak fikiran.teringat masa kecil-kecil dulu mak selalu pakaikan aku dengan baju kurung cotton.kalaw corak polka-dot sampai kasut dengan cekak kepala pon nak yang dot dot jugak.kalau motif bunga satu badan motif bunga.dah macam perarakan kereta bunga perhiasan bila ingat balik.hehe mak mak.anyway,aku rasa bersyukur sebab mak ajar aku pakai baju kurung sejak kecil sebab mungkin tu salah sebab aku sangat suka baju kurung sampai sekarang.cuba bayangkan kalau mak selalu pakaikan aku skirt ketat dengan tube masa aku kecil.atau mak hanya bagi aku pakai lampin dan biarkan aku tak berbaju seharian?gosh,tak sanggup nak bayang.haha.btw,aku rasa yakin dan lawa gila kalau pakai baju kurung ni.kui kui kui;p
zaman sekarang mungkin tak ramai yang suka baju kurung.tapi insyaAllah baju kurung akan tetap jadi pujaan hati aku sampai aku berhasil tak lekang dari berbaju kurung selalu.aceceh Yana.mudah-mudahan.aminnnn :)
oh ya,hasil dari godek-godek gambar lama,ada la aku jumpa gambar aku berbaju kurung time baru dapat kaki atau dalam bahasa bandarnya baru belajar jalan.so,nak tempek la sini buat aku scroll dan mengenang memori lama.aigoo!


3 comments:
cutenya dia...
mesti meriah pakai baju kurung masa tu..
muat lagi tak baju ni?
syafrizal: umpamanya tiap hari hari raya.hehe :D
tikus mando: agak-agak kalaw pakai boleh jadi mcm hulk hogan jugak la.kui kui kui;p
Post a Comment